P A Q-T A M

P A Q-T A M

Selamat datang ke Fendiey88.blogspot.com

Ribuan terima kasih kepada pihak yang melawat blog nieyh...
Powered By Blogger

Friday, June 25, 2010

PAS untuk SEMUA...



Assalamualaikum Tuan/Puan....
Bertemu lagi kita di ruangan saya: http://fendiey88.blogspot.com/
Saudara...
Bak kata pantun orang dulu-dulu..."Buah Mangges di luar pagar, ambik galah tolong tunjukkan...saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan"...
Izinkan saya untuk meluahkan pendapat saya pada isu politik kita pada hari ini...
Harap tuan/puan dapat memberikan tunjuk ajar....
Tak terlintas di fikiran saya untuk menyinggung hati mana-mana pihak...
cuma pendapat ja k....
Pada pandangan saudara sekalian...parti mana patut saudara sokong???
Maklumlah...x lama lagi pilihan raya pun bakal menjengah tiba....

Pilihan Raya merupakan salah satu landasan untuk rakyat memilih calon-calon yang boleh dipercayai serta ikhlas untuk menjaga kebajikan, dan meningkatkan mutu kehidupan masyarakat kita di Bumi Malaysia yang kita cintai ini....

Seorang pemimpin tersebut perlu lah mempunyai sikap kepimpinan yang baik dan terpuji...bukan sahaja dari segi luaran tetapi dari segi rohani-nya juga perlu diambil kira...

Secara ironinya...rakyat memilih pemimpin yang banyak duet coz golongan ini lah yang disangkakan mampu mengubah naseb depa t...tapi semua tu x mampu menjanjikan yang golongan ini seorang pemimpin yang baik....
Namun..tahukah anda bahawa x semua pemimpin kita baek-baek....
kebanyakannya merupakan syaitan yang bertopengkan manusia belaka...
Wujudnya gejala rasuah di sana-sini...

Terbaru...isu Kes Liwat Anwar Ibrahim dan Saiful Bahri Azlan....dikatakan kes ini didalangi oleh Najib sendiri...betulkah???
Saya pun terkejut dengar berita sedemikian rupa...tapi juz wat bodo je....
Namun, pape pun...terserah la kat korang nak pilih parti mana pun....
saya x kesah...

INGAT!!! UNDI ANDA ADALAH RAHSIA....
Hahaha...for me...I prefer to choose PAS la...
Selamat dunia akhirat...kalau salah pillih pemimpin t...kite jgk yang tanggung dosa...
Spe lagi nak tanggung dosa kita...Mati x sama waktunya....Kubur pun asing-asing...

Corat-coret nie sekadar meluahkan pandangan yang terbuku di hati saya ja kawan-kawan...

Sekian.
Wabillahi Taufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh....
Yang benar
Hassan Afandi


Wednesday, June 23, 2010

-Kisah Saya Zaman Ortodoks sampai Sekarang-







Assalamualaikum...dan salam 1 Malaysia..

Untuk makluman tuan/puan....

Cuti sem kali nie saya berdepan dengan pelbagai konflik. Kisah bermula selepas saya habis exam pada tanggal 03/05/2010.....

Saya pulang ke kampung pada tarikh dan waktu yang sama jgk....perjalanan daripada perak kedah mengambil masa 3 jam sahaja...tetapi pada hari itu, saya mengambil masa selama 4-5 jam untuk sampai ke destinasi yang saya tuju...keboringan yang saya alami dalam bas tu x dpt diungkapkan dengan kata-kata....hahaha.. :D Apa yang saya boleh buat tuk menghilangkan rasa boring saya tu hanyalah dengan membalas kutukan dan pesanan yang saya terima melalui sms...WAH!!! Skema gila bahasa yang saya guna dalam post saya ni....

Semester nie amat susah bagi saya...belum pernah saya alami sebelum ni...tapi saya suka...coz...nie watkan saya rasa semester nie unik...dan menguji kesabaran saya...sejak masuk semester 3 nie...saya cepat panas baran...ada ja yang x kena di mata saya...tambahan pula dengan konflik yang terjadi antara saya dengan Lecturer BEL saya, Puan Sharina. Tak cukup dengan 2...Masalah dengan bekas Awek lagi...time tu, apa yang saya bleh wat hanyalah dengan menghubungi keluarga...saya rasa happy bila dapat dengar suara adik-adik saya, mak dan abah saya...rasa cam budak-budak pun ada...hahaha!!!!

Kekadang saya rasa sedih coz kehidupan remaja saya tamat begitu awal...saya baru nak masuk 20 tahun pada tarikh 29/06/2010 ni...tapi rasa dah macam umo 28 tahun pun ada...muka comel...perangai cam orang yang dah berumo...mak n abah saya banyak mengharapkan saya tuk jaga depa n adik-adik...Alhamdulillah...semester nie saya telah berjaya menunaikan tanggungjawab sebagai sorang abang n anak yang baek....cewwah!!!

Saya dapat bank-in kat adik n mak duit hasil titik peluh saya sendiri...walaupun saya terpaksa wat benda yang salah kt UiTM ni...tapi kn...duit yang saya bank-in tu sebenarnya duit yang mak abah bagi...tp saya x guna pun...saya bank-in kn balik kt depa...dengan alasan tu duet depa...Saya sara hidup saya kt UiTM nie dengan guna duit saya sendiri...Erm...tetiba je saya teringat kisah saya waktu berumo 17-20 tahun time atas bas camni...mula la nak mengelamun nie...hahaha!!!

Tuan/Puan x perlu bagi komen la...juz dengar je... :D

Tuan/Puan/Cik/Encik/Yang Mulia/Yang Berbahagia/Yang Berhormat...

Walaupun saya muda lagi, kawan2 banyak respect saya walaupun saya x suruh pun depa respect saya...mungkin kerana pengalaman saya kot....saya jadi camni pun kerana desakan hidup saya memerlukan saya wat suma nieyh....selepas je tamat SPM....banyak yang terjadi dalam hidup saya....Berbekalkan Result yang Kurang Memuaskan...Saya "di-pressure" oleh famili yang begitu mengharapkan saya selama nie...Bermula detik itu lah...saya mula mengambil rokok dan sekaligus menjadi seorang perokok tegar sampai sekarang....setelah puas saya "meng-apply" belajar ke sana ke mari...menolak tawaran belajar yang laen...akhirnya saya decide nak g KOLEJ UNIKOP...

Kat Kolej Unikop nie...saya happy sangat....Kawan-kawan pun baek...sempoi n easy-going la...saya merindui setiap detik bersama depa....A Sweet Memories la org katakan...Berikut adalah nama-nama kengkawan yang sangat-sangat menceriakan hidup saya....

  1. Megat Azri Hakim bin Sazali (x brpa ingat nama bapak die)
  2. Khairul Afandi bin Alias
  3. Zafri
  4. Eddie
  5. Jaen @ Rain
  6. Zul
  7. Hizazi
  8. Hamka
  9. Akmal
  10. Adil Amni
  11. Syed
  12. Amer
  13. Lutfi
  14. Atuff
  15. Meor
  16. Apis

Wah...naseb baek aku still ingat lagi...or maybe tertinggal salah sorang dari depa ni...hahahaha!! Nie la Geng Apollo Suzuran.... :D

Pastu aku terpaksa pindah ke UiTM Perak coz mak aku teringin sangat nak tengok anak sulung dia ni masuk Universiti bukan Kolej...sebelum exam October 2008 dulu, aku pun mintak la masuk UiTM...x sangka lak dapat...mak n abah aku happy sangat....

Aku datang ke UiTM nie sambil kepala ligat berfikir camna aku nak sara hidup kat sini...coz aku tahu aku x leh mintak PTPTN dah sebab time kat Unikop dulu aku dah Amik PTPTN dah....so sekarang...aku dah dikategorikan sebagai pengemis penghutang PTPTN Se-Malaya....GAGAGA!!!

Liku-liku kehidupan aku bermula kt sini...semester 1/sesi Disember 2008-April 2009....Aku banyak habis duit mak bapak...tiap minggu sampai 100 habis untuk aku sorang ja...namun...

Pada suatu hari, ayah aku menyuarakan rasa tidak puas hati beliau terhadap hero kesayangan beliau ni...petikan-nya berbunyi begini "Abg guna duit wat pa banyak sangat?" so..aku pun jawab...beli buku, makan minum n BELI ROKOK... si bapak menjawab..."Owh..patut la duit habis. Mak ngan abah dah x dak duet nie". Melihatkan keadaan yang SEDiH daN PilU tersebut...

Dengan berbekalkan duet yang berbaki RM 20...aku mula mencari idea untuk terus hidup di sini....

bersambung di posting yang laen....sorry...

Yang benar

Hassan Afandi

Relevankah PEKIDA pada hari ini???


Assalamualaikum....
Situasi negara kita hari ini banyak dikejutkan dengan isu-isu salah guna kuasa, pecah amanah, rasuah, dan paling ketara sekali ialah aktiviti pergaduhan ataupun gangsterisme...yang peliknya, kebanyakan isu-isu ini sering kali dikaitkan dengan PEKIDA @ Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Semalaysia....sudah tentu anda terkejut jika anda baru pertama kali terdengar berita seperti ini...tetapi bagi saya, saya sudah lali dengan berita-berita seperti ini...betulkah berita-berita seperti ini?

Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri untuk menilainya...bagi saya, perjalanan sesebuah pertubuhan itu bergantung kepada pucuk kepimpinannya sendiri...so terpulanglah kepada SI AYAH itu sendiri untuk membimbing anak-anaknya mengikut acuan yang baik dan mengikut prinsip-prinsip perjuangan PEKIDA yang asal dahulu...

Tak dapat dinafikan, ada segelintir ahli2 yang BARU NAK UP sering kali berasa bongkak kerana mereka menganggap diri mereka sudah dilindungi oleh Pertubuhan ini...

Kepada si BUDAK BARU..sedarlah...kita masuk benda ni bukan la bertujuan untuk takbur....tujuan kita nak lindung kebajikan orang-orang Melayu Islam kita sendiri...

Jadi, x perlu lah kita...nak over excited bergaduh sana-sini tanpa sebarang sebab...takut nanti,tak dapat pukul CINA INDIA...Bangsa sendiri Yang Kita PUKUL...macam apa yang dok jadi la ni la....so Aku x nak la camtu Kan...LANGSI 2 penting....Tapi biar bertempat la Bro...

Bagi saya, saya akan tetap menyupport pertubuhan nie....seperti mana janji-janji saya dulu...

INGAT...hayatilah bait-bait lirik Cerita Kedai Kopi by Malique ///...."Baru angkat berat sikit,baju pun dah sendat"...supaya kita sentiasa berpijak di bumi Allah yang nyata ini sebagai sorang Khalifah-Nya...

So...Sekian saja, corat-coret saya pada pagi nie...

Ada masa t...saya tulis lagi pendapat-pendapat saya berkenaan isu 1 Malaysia
kita pada hari yang lain plak...

Yang benar,

Hassan Afandi




Friday, January 29, 2010

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA..join la...aku dah join..korang bila lagi..



Secara ringkas tujuan penubuhan Perkasa ialah untuk menyediakan landasan bagi kaum peribumi untuk menegakkan hak2 mereka tanpa mengira fahaman politik. Perkasa akan bertindak sebagai badan berkecuali untuk menangani isu2 semasa yang membabitkan pribumi.

Wira Perkasa merupakan satu sayap didalam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia. Wira Perkasa merupakam satu sayap yang penting untuk memastikan arah tuju masa depan Pribumi di negara kita.

Diatas kesedaran inilah Pertubuhan Pribumi Perkasa...PERKASA bertanggungjawab bagi melindungi hak-hak ini untuk diwariskan kepada generasi pribumi khususnya dan Malaysia umumnya supaya hidup aman dan kekal sepanjang zaman.

PERUTUSAN KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA MENGENAI SERANGAN KE ATAS 2 BUAH SURAU DI MUAR

Saya Selaku Ketua Wira Perkasa Malaysia Mengecam Serangan Keatas Dua Surau Di Muar.
Thursday, January 21, 2010 at 5:26pm

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia mengecam serangan ke atas dua surau di Muar, Johor awal pagi hari ini. Sepertimana kes-kes serangan ke atas gereja dan kuil sebelum ini, insiden terbaru ini adalah satu tindakan yang biadap dan tidak bertanggungjawab kerana boleh menggugat keamanan negara dan keharmonian antara kaum yang sudah puas diuji beberapa minggu

Saya selaku Ketua Wira Perkasa Malaysia agar tindakan segara harus diambil bagi menangani isu ini berterusan.Dalam pada kita semua mengutuk serangan tersebut, Wira Perkasa ( Sayap Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk tenang dan tidak terbawa-bawa dengan emosi tinggi atau menyumbang kepada spekulasi dan khabar angin.

Sebaliknya, Saya berharap bahawa rakyat memberi peluang dan kepercayaan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lantas membawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan, kami merasakan juga ia adalah satu tanggungjawab utama kepada kami untuk memberikan mata dan telinga kami kepada pihak polis untuk menangkap golongan yang tidak bertanggung-jawab ini.

Disamping itu, Wira Perkasa juga mengambil maklum sensitiviti, perasaan serta kekhuatiran seluruh rakyat Malaysia berbilang agama dan menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang cepat agar ketegangan yang sedang membayangi masyarakat majmuk kita dapat dileraikan. Cukuplah dengan segala pembakaran, pemusnahan dan vandalisme ke atas rumah-rumah ibadat. Sudah tiba masanya kemelut ini, serta punca-puncanya, diselesaikan demi keselamatan dan keamanan negara.

Pendirian kami tetap..dimana Perkara sebegini dapat ditangani jika semua orang-orang Melayu kembali bersatu diatas perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air..Saya merasakan atas dasar orang-orang Melayu kian berpecah belah atas landasan parti politik sehingga kita terlepas pandang dimana tanggung jawab sebenar tiap pemimpin islam khususnya melayu harus senantiasa meletakkan Kepentingan Agama Islam dan Bangsa Melayu sebagai agenda Utama mereka demi agama Islam Senantiasa Dihormati dan Disegani sebagai Agama Persekutuan...Maka saya menyeru semua orang-orang islam khususnya Melayu kembali bersatu , rapatkan kembali saf2 keretakan yang lalu, kerana sudah mulanya satu titik transformasi penyatuan umat islam khususnya Melayu..



Yang Sayangkan Agama Islam. Bangsa Melayu dan Tanah Air
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia